Rabu, 7 April 2010

Makmal Komputer SMK Iskandar Shah

Visi Makmal Komputer:
  • Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.
Misi Makmal Komputer:
  • Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
  • Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
  • Menyediakan masyarakat Malaysia yang senantiasa peka terhadap perkembangan dengan ICT.
Matlamat Makmal Komputer:
  • Meningkatkan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif Makmal Komputer:
  • Meningkatkan pembangunan dan penggunaan ICT di sekolah.
  • Meningkatkan mutu pengajarab dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.
  • Mewujudkan suasana 'learning organization' di sekolah melalui program-program ICT.
  • Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.
  • mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan k-ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan